
Dimaklumkan kepada semua ahli dan pengguna, NADI Felda Jengka 1 akan ditutup sementara pada 15 dan 16 September 2025 (Isnin & Selasa) bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.
Penutupan ini adalah bagi memberi ruang kepada seluruh warga NADI serta komuniti Felda untuk sama-sama meraikan hari yang penuh makna dalam sejarah negara kita.
Operasi NADI Felda Jengka 1 akan beroperasi semula seperti biasa pada 17 September 2025 (Rabu).
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penutupan ini dan amat menghargai kerjasama serta sokongan berterusan daripada semua.
✨ Sama-sama kita hayati erti kemerdekaan dan semangat perpaduan demi Malaysia yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025!