mcmc
Kesihatan

Info Covid-19 : Penjarakan Sosial (Social Distancing)

photo 2020-03-21 11-47-04

Penjarakan sosial amat penting bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini. Orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mematuhi penjarakan sosial yang telah disarankan oleh pihak berwajib.

Antara penjarakan sosial yang boleh dipatuhi oleh anda termasuklah :
1. Meminimakan masa semasa di luar rumah.
2. Belajar di rumah masing-masing.
3. Tidak menghadiri sebarang perhimpunan atau keramaian.
4. Elakkan daripada menggunakan kenderaan awam.
5. Jarakkan diri anda dengan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter, terutama ketika beratur membeli barangan keperluan.
6. Tidak keluar bersiar-siar dan pergi berjumpa sanak-saudara.