Hanyalah 45 minit pemanduan dari Temerloh, adalah sebuah tarikan bukit batu kapur yang mencapai ketinggian sehingga 478 meter iaitu Gunung Senyum Recreational Forest. Dikatakan, di Gunung Senyum ini terdapat sehingga 25 buah gua. Antaranya adalah Gua Angin yang sentiasa berangin, Gua Terang Bulan yang mana cahaya mentari yang menembusi sebuah lubang di atas gua ini akan menghasilkan cahaya warna-warni pada dinding, Gua Taman Satu yang menempatkan pelbagai spesies pokok, dan banyak lagi gua-gua lain dengan keistimewaan tersendiri! Cukup menarik untuk diterokai satu persatu. Selain kaya dengan gua-gua yang menarik, Gunung Senyum turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gerai jualan makanan, tandas, surau, tapak perkhemahan dan tempat meletak kereta. Bersebelahan dengan tempat meletak kereta hutan rekreasi ini terdapat sebuah rumah tradisional Pahang yang telah wujud sejak tahun 1907 lagi, satu bonus kalau anda datang ke sini!
Alamat: Pejabat Hutan Daerah Temerloh, 28000, Temerloh, Pahang, Jengka Reserve Forest Kuala Krau