SELAMAT DATANG
Selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan atas kesudian anda melawat laman web Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Jengka 1. NADI adalah merupakan satu program yang melibatkan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Bhd dan juga MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Dengan perlaksanaannya secara berperingkat bermula pada tahun 2013, NADI bertujuan memberi fokus kepada melahirkan & perkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat terutamanya di luar bandar. Selain itu juga, memainkan peranan dalam pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar dan juga bandar-bandar yang terpilih di seluruh Malaysia.
OBJEKTIF UTAMA PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Visi
Menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)sebagai ” ONE STOP DIGITAL CENTRE” yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat.
Misi
Mencapai VISI NaDi dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :
1) Membantu penduduk memulakan perniagaan.
2) Meningkatkan permintaan terhadap produk usahawan.
3) Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas serta komuniti.
4) Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
5) Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.
WAKTU OPERASI :
Isnin – Ahad
( 9.00 pagi – 6.00 petang )
*Ditutup pada hari cuti umum
MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA JENGKA 1:
FELDA JENGKA 1 |
|
Alamat |
Pusat Ekonomi Digital Felda Jengka 1,Bangunan JKKK Felda Anggerik Jengka Satu,26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang Darul Makmur. |
Mula Operasi |
1 April 2015 |
Latitud N |
3.82989 |
Longitud E |
102.59457 |
Mukim |
Chenor |
Daerah |
Maran |
Parlimen |
Maran |
Dun |
Kuala Sentul |
Petugas |
Nursalasiah binti Abdullah Nur Amira Izzaty binti Abd Hadi |
|
jengka1@pedi.my |
Portal |
http://feldajengka1.pjk.my |
|
PEDi Felda Jengka 1 |
NADI Felda Jengka 1 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Selain itu, pelbagai perkhidmatan lain turut disediakan di Pusat Internet untuk kemudahan komuniti setempat dan juga kadar bayaran yang berpatutan untuk komuniti. Antara latihan dan perkhidmatan yang disediakan ialah :
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
|
1 |
Penggunaan Komputer & Internet |
2 |
Cetakan |
3 |
Fotostat |
4 |
Scan |
5 |
Laminate |
6 |
Binding |
7 |
Latihan Keusahawanan |
8 |
Asas Internet |
9 |
Desktop Publishing (Microsoft Office) |
10 |
Pengenalan Asas Komputer |
11 |
Aplikasi Elektronik (e-pembelajaran, e-kerajaan dll |
KATEGORI PENGGUNA PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) FELDA JENGKA 1
- Kanak-Kanak
- Remaja
- Dewasa (Belia/Beliawanis)
- Warga Emas
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
JUMLAH AHLI (NADI) FELDA JENGKA 1
TAHUN | BILANGAN AHLI |
2015 | 397 orang |
2016 | 201 orang |
2017 | 117 orang |
2018 | 55 orang |
2019 | 177 orang |
2020 | 31 orang |
2021 | 18 orang |
2022 | 36 orang |
2023 | 69 orang |
2024 | 1074 orang |
2025 | 25 orang (Ahli berdaftar sehingga 31 MEI 2025) |
JUMLAH KESELURUHAN | 2200 orang |