Percayakah anda, ada sebuah lokasi OOTD ala-ala pantai di Daerah Maran? Walaupun jauh dari pantai sebenar, tapi pemandangan di sini serta rekabentuk taman ini sangat mirip dengan keadaan pantai sebenar. Rekabentuk taman ini telah diusahakan oleh penduduk FELDA Jengka 19 dan telah dinamakan sebagai Taman Semanis Kelapa. Lokasi taman ini pula, tidak jauh dari simpang masuk FELDA Jengka 19. Syabas diucapkan kepada pengurusan serta penduduk-penduduk FELDA Jengka 19 di atas daya usaha ini.
Taman ini mempunyai 2 bahagian penting. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di kincir angin di bahagian atas taman yang dinamakan Exora Hill.
Kepada yang ingin membuat photoshoot bajet perkahwinan, sini adalah salah satu lokasi yang wajib untuk anda kunjungi! Hubungi nombor telefon yang disediakan untuk maklumat lanjut.
Jom kita saksikan video ini!