| AKTIVITI BULANAN : JUN 2025 | |
| Aktiviti | LATIHAN KEUSAHAWANAN: USAHAWAN CILIK CORNFLAKES COKLAT |
| Tarikh | 04 Jun 2025 |
| Masa | 3.00 – 5.00 pm |
| Tempat | NADI Felda Jengka 1 |
| Peserta | 12 Orang |
Objektif :
Objektif kelas adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang langkah-langkah penyediaan Cornflakes Coklat secara praktikal dan tersusun. Melalui aktiviti ini, peserta akan mempelajari cara mengenal pasti bahan-bahan asas, sukatan yang betul, teknik mencairkan coklat dengan selamat, serta proses mencampur dan membentuk Cornflakes Coklat.
Aktiviti:
Aktiviti merangkumi sesi pengenalan bahan-bahan asas, demonstrasi dan penyediaan Cornflakes Coklat oleh peserta, diikuti proses membentuk dan menyejukkan coklat, serta sesi pembungkusan hasil akhir secara kreatif.