mcmc
Laporan Aktiviti

E-SUKAN : SARINGAN MOBILE LEGEND SEASON 3

AKTIVITI BULANAN : OGOS 2025
Aktiviti E-SUKAN : SARINGAN MOBILE LEGEND SEASON 3
Tarikh16 Ogos 2025 
Masa10.00 – 5.00 pm
TempatNADI Felda Jengka 1
Peserta 35 Orang


Objektif : 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke bawah mengenai dunia e-sukan yang semakin berkembang pesat, khususnya dalam permainan kompetitif Mobile Legends. Melalui pertandingan saringan ini, peserta berpeluang mengasah kemahiran strategi, komunikasi berpasukan, dan membuat keputusan dalam tekanan, di samping membina semangat kesukanan serta potensi kerjaya dalam bidang e-sukan secara profesional.

Aktiviti:

Peserta menyertai sesi saringan pertandingan Mobile Legends yang dikendalikan sepenuhnya oleh staff NADI. Saringan dijalankan secara atas talian atau bersemuka mengikut format yang ditetapkan. Staff NADI bertanggungjawab dalam penyusunan jadual perlawanan, pemantauan teknikal, serta pengurusan keseluruhan perjalanan pertandingan. Sepanjang aktiviti, peserta akan dibimbing dan dinilai dari aspek kemahiran bermain, kerjasama pasukan, dan disiplin. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman pertandingan e-sukan yang kompetitif dalam suasana yang terkawal, sihat dan menyeronokkan.

**Gambar Disini**