mcmc
Galeri Video

KISAH KEJAYAAN SMART SERVICES ( NUR AFIFAH BINTI ALIAS )

🌟 Kisah Kejayaan Peserta Program DiLEA: Nur Afifah Binti Alias 🌟

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Afifah Binti Alias yang telah menunjukkan peningkatan cemerlang dalam akademik selepas menyertai Program Digital Learning Assistance (DiLEA) selama 3 bulan! 👏📚

.

Melalui bimbingan intensif, penggunaan platform Smart Services, dan sokongan berterusan daripada para fasilitator, Nur Afifah berjaya meningkatkan prestasi dalam ujian sekolah secara konsisten. Peningkatan ini bukan sahaja membuktikan keberkesanan program DiLEA, tetapi juga mencerminkan semangat dan kesungguhan beliau dalam mencapai kejayaan.

.

Program DiLEA terus komited dalam membantu pelajar seperti Nur Afifah untuk menguasai pembelajaran digital dengan lebih mudah, interaktif dan berkesan. 🌐✨

.

🔎 “Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk tidak berputus asa dan sentiasa berusaha mencapai potensi diri.”