mcmc
Laporan Aktiviti

TINY TECHIES : KELAS ROBOTIK SUMO SESI 2

AKTIVITI BULANAN : OKTOBER 2025
Aktiviti TINY TECHIES : KELAS ROBOTIK SUMO SESI 2
Tarikh11 Oktober 2025 
Masa10.00 – 11.00 am
TempatNADI Felda Jengka 1
Peserta 6 Orang


Objektif : 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam bidang robotik melalui program Tiny Techies Robotik Sumo. Melalui sesi pembelajaran secara interaktif ini, peserta berpeluang memahami asas pengaturcaraan dan pembinaan robot, mengukuhkan kemahiran penyelesaian masalah, serta mempraktikkan pemikiran logik dan kreatif. Selain itu, aktiviti ini turut membantu membina keyakinan pelajar dalam meneroka bidang teknologi serta memupuk minat terhadap inovasi dan kemahiran digital sebagai persediaan menghadapi cabaran masa kini.

Aktiviti:

Peserta mengikuti sesi pembelajaran robotik secara dalam talian yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Sesi ini menumpukan kepada penerangan tentang komponen utama robot Sumo, fungsi setiap bahagian, serta panduan asas mengenai cara pemasangan robot secara teori dan demonstrasi. Tenaga pengajar akan menerangkan langkah-langkah pemasangan secara visual melalui platform atas talian dengan pendekatan yang mudah difahami dan interaktif. Peserta digalakkan untuk bertanya soalan, berkongsi pendapat, dan berdiskusi bagi meningkatkan kefahaman. Melalui aktiviti ini, peserta dapat menambah pengetahuan asas tentang robotik, memahami konsep pembinaan robot secara sistematik, serta menanam minat untuk mendalami bidang teknologi pada peringkat seterusnya dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan positif.

**Gambar Disini**