mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

AIR TERJUN JERANGKANG

Sedang mencari destinasi aktiviti outdoor menarik di Maran, Pahang?
Air Terjun Jerangkang antara lokasi wajib dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi.

Dikenali dengan jolokan seperti “Hilton”, “Infinity Pool” dan “Shang Ri La”, air terjun ini memukau pengunjung dengan kolam airnya yang berwarna biru kehijauan serta suasana hutan yang mendamaikan.

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini seperti berkhemah, berkelah bersama keluarga, flying fox dan mandi-manda sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

🕗 Waktu Operasi: Setiap hari | 8.00 pagi – 10.00 malam