mcmc
Laporan Aktiviti

KIDVENTURE : PELAN PERNIAGAAN MINI

AKTIVITI BULANAN : DISEMBER 2025
Aktiviti KIDVENTURE : PELAN PERNIAGAAN MINI
Tarikh24 Januari 2026
Masa10.00 11.30 am
TempatNADI Felda Jengka 1
Peserta 1 Orang


Objektif:

Aktiviti Kidventure : Pelan Perniagaan Mini ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas keusahawanan dan perancangan perniagaan secara kreatif dan praktikal. Melalui sesi secara langsung (live webinar), peserta dapat memahami konsep asas perniagaan seperti idea produk, sasaran pelanggan, kos, harga dan keuntungan.

Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis serta keyakinan diri dalam menjawab soalan dan menyertai kuiz secara dalam talian.

Aktiviti:

Peserta menyertai sesi webinar secara langsung yang dijalankan secara interaktif. Sepanjang sesi, fasilitator menerangkan asas pelan perniagaan mini serta memberikan contoh mudah yang sesuai dengan peringkat umur peserta.

Selain mendengar penerangan, peserta turut berpeluang berinteraksi melalui sesi soal jawab secara langsung. Di akhir sesi, peserta menjawab kuiz secara dalam talian bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari.

Melalui aktiviti ini, peserta bukan sahaja dapat memahami asas keusahawanan, malah dapat meningkatkan kemahiran menggunakan platform digital secara aktif dan berhemah..

**Gambar Disini**