Program : Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Belia MBFM Felda Jengka 1
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tarikh : 31 Disember 2016 (Sabtu)
Pihak Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 1 telah menganjurkan pertandingan futsal dan bola jaring tertutup untuk belia-belia di Felda ini. Antara aktiviti sampingan yang dijalankan termasuklah pendaftaran ahli baru MBFM, teka guli, gunting rambut bagi kanak-kanak sekolah rendah, booth Dashboard Komuniti oleh Pusat Internet 1Malaysia Gugusan Maran dan juga gerai jualan. Seramai 10 kumpulan futsal dan 4 kumpulan bola jaring telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.