AKTIVITI BULANAN : OGOS 2017 | |
Aktiviti |
Kelas Keusahawanan : Photoshoot Produk |
Tarikh |
18 Ogos 2017 |
Masa |
10.00 am – 12.00 pm |
Tempat |
Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 1 |
Peserta |
Usahawan di Felda Jengka 1 |
Objektif :
Kelas keusahawanan ini dijalankan bagi memberi peluang kepada usahawan di Felda ini untuk meningkatkan kemahiran/ teknik mengambil gambar produk mereka. Peserta disediakan mini studio box bagi tujuan mengambil gambar produk mereka. Gambar produk yang jelas dan menarik mampu menarik minat pembeli untuk menggunakan produk tersebut.
Aktiviti :
Seramai 8 orang usahawan setempat hadir ke kelas photoshoot ini. Produk-produk usahawan yang terlibat termasuklah sambal pahang, kuih tradisional, beg, produk kesihatan dan tudung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Myshop dashboard komuniti, photoshoot produk dan tutorial muat naik produk di Myshop.