mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – CIK NUR SHAHIDA BT PAIMON

KISAH KEJAYAAN 2016 (SUKU PERTAMA)

KATEGORI : KEUSAHAWANAN 

Nama

Nur Shahida binti Paimon 

Umur

32 Tahun

Alamat

Beezee Jati Homedeco, No. 5 Simpang Felda Jengka 1, 26400 Bandar Jengka, Pahang

Perniagaan

 Perabot Jati dan barang perhiasan rumah 

Online Platform

 Facebook dan Whatsapp

 

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI1M :

Sebelum ini, saya hanya menjalankan perniagaan secara offline di sekitar jengka 1.Saya mempunyai sebuah kedai kecil untuk meletakkan stok untuk dipamerkan kepada pelanggan. Setiap hari saya hanya menanti pelanggan untuk datang ke kedai dan jualan amat tidak memberangsangkan. Saya mengambil keputusan untuk melakukan penjualan secara atas talian supaya saya dapat mencari pelanggan dari seluruh Malaysia.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :

Langkah pertama saya telah pergi ke pi1m untuk membuat page facebook dengan nama Beezee Vantage kerana saya menjual perabot vantage dan juga perabot jati secara atas talian.Saya menggunakan google untuk mencari design-design terkini perabot dan terus memuatnaik ke dalam page saya. Saya juga mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada staff pi1m tentang pemasaran dan cara menguruskan perniagaan online saya. Banyak perubahan positif yang berlaku. Yang paling ketara ialah hasil jualan yang amat memberangsangkan serta page saya semakin dikenali ramai.