mcmc
Galeri Video

MENARIK DI MARAN – Pusat Rekreasi Lubuk Ujid

Pusat Rekreasi Lubuk Ujid terletak di daerah Maran, Pahang dan merupakan kawasan rekreasi yang terkenal untuk menjalankan aktiviti perkelahan bersama keluarga. Kawasan persekitaran yang bersih serta airnya yang jernih dan sejuk, menarik minat ramai pengunjung untuk hadir membuat aktiviti bersama keluarga di sana. Antara kemudahan yang disediakan di kawasan ini ialah tandas awam, taman permainan, pondok rehat dan gerai jualan makanan.