mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

FELDA RESIDENCE TEKAM, PAHANG

Felda Residence Tekam terletak di dalam kawasan Pusat Penyelidikan dan Pertanian Tun Razak Jerantut, Pahang. Meskipun berada di daerah Jerantut, perjalanan dari Felda Jengka 1 dan Felda Residence Tekam ini hanya mengambil masa selama 20 minit. Bagi mereka yang gemarkan percutian di kawasan kampung dan tenang, Felda Residence Tekam merupakan salah satu lokasi yang perlu anda kunjungi seisi keluarga.
 

Panorama dengan kehijauan yang subur, landskap semula jadi dan ketenangan menjadikan kawasan ini gemar dikunjungi oleh pengunjung tempatan dan orang luar. Felda Residence Tekam juga menyediakan aktiviti riadah seperti mendaki gunung, mendaki, merentas hutan, menjelajah gua Kota Gelangi, badminton, ping pong, tenis skuasy, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola sepak, sukan air, menaiki bot dan memancing serta memetik buah-buahan bermusim.  (sumber : feldatravel.com.my)

Alamat : Felda Residence Tekam,
              Tun Razak Agricultural Centre,
              27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
              
No.Tel : 09 471 8182 

Kawasan pintu masuk Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang.

 

 

Kolam Renang di Felda Reseidence Tekam.