TANAMAN KELAPA SAWIT
Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) merupakan salah satu daripada tumbuhan pohon. Bunga dan buah sawit berupa tandan dan bercabang banyak. Buah sawit yang sudah masak berwarna merah kehitaman. Isi buah kelapa sawit diproses untuk menghasilkan minyak daripada isi (kernel) dan kulitnya (sabut mesokarp).
Salah satu tanaman yang terkenal di Felda ialah tanaman kelapa sawit. Kelapa sawit ialah sejenis tumbuhan industri yang menghasilkan minyak masak, minyak industri dan bahan bakar. Bentuk muka bumi di kawasan Jengka amat sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Kelapa sawit merupakan tanaman utama di Felda Jengka 1 dan menjadi sumber pendapatan utama peneroka di sini. Tanaman kelapa sawit di Felda Jengka 1 mula ditanam pada tahun 1995.