mcmc
Laporan Aktiviti

AKTIVITI : PROGRAM JOM SIHAT JANUARI 2019

AKTIVITI BULANAN : JANUARI  2019

Aktiviti 

Program Jom Sihat bersama PI Jengka 1

Tarikh

19 Januari 2019 

Masa

8.00 am – 5.00 pm

Tempat

Pusat Internet  Felda Jengka 1 & Padang Belia Jengka 1

Peserta 

Komuniti Felda Jengka 1


Objektif : 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan menjaga kesihatan termasuklah pemakanan dan cara hidup yang sihat.

Aktiviti :

Program ini dijalankan dengan kerjasama Klinik Desa Jengka 1 serta Persatuan MBFM Felda Jengka 1. Program ini dihadiri hampir 220 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat dan berdekatan dengan Felda Jengka 1. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, kiraan BMI, pemeriksaan tahap gula dalam darah, taklimat kesihatan bersama Herbalife, pertandingan jus sihat dan menu sihat, pertandingan mewarna, pertandingan puzzle dan menaip, sukaneka, kuiz online, pertandingan Dashboard Komuniti dan juga cabutan bertuah. 

**Gambar Disini**