Asam rong atau asam rom merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Raub, Maran dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong. Cukup kena jika disesuaikan dengan ikan-ikan sungai atau ikan air tawar.