mcmc
Maklumat Setempat

PAIS IKAN PATIN

Pais-Ikan-Patin

Pais ikan patin tempoyak merupakan hidangan tradisi negeri Pahang yang sememangnya sukar dilupakan. Tambahan pula keenakannya begitu terserlah tatkala kemanisan ikan patin yang diperap bersama tempoyak dapat dirasai. Ia enak dimakan bersama nasi putih atau boleh diratah begitu sahaja. Selain itu, pais ikan patin tempoyak ini memiliki aroma yang begitu mengliurkan. Selain penggunaan tempoyak sebagai bahan utama, ia turut menggunakan daun kunyit dan daun pisang yang sememangnya menimbulkan aroma yang begitu menggegarkan jiwa.