mcmc
Rekreasi & Pelancongan

Air Terjun Pelangi Sungai Lembing (Pahang)

Bukan mudah untuk melihat pelangi memancarkan warnanya, tapi kalau anda ke Air Terjun Pelangi, fenomena pelangi ini dapat anda nikmati hampir setiap hari pada waktu sekitar 8 ke 11 pagi.Sinaran cahaya matahari di waktu pagi yang terbias dengan air terjun di sini menghasilkan pelangi yang cukup mempesonakan.Untuk menuju ke sini, anda perlu melalui jalan yang berbatuan dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda, dan kemudiannya berjalan kaki untuk meredah anak sungai. Seterusnya, anda perlu mendaki kawasan hutan yang berbukit sebelum tiba ke kawasan air terjun.Betullah seperti apa orang kata “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,” cukup sesuai dengan situasi ini, perjalanan untuk ke sini memang agak mencabar, namun keindahan yang menanti anda dapat menghilangkan segala lelah perjalanan yang ditempuhi.