| AKTIVITI BULANAN : JULAI 2025 | |
| Aktiviti | E-PEMBELAJARAN : SHAPES & ALPHABET |
| Tarikh | 9 Julai 2025 |
| Masa | 9.30 – 11.30 am |
| Tempat | NADI Felda Jengka 1 |
| Peserta | 12 Orang |
Objektif :
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengenali bentuk asas (shapes) seperti bulat, segi empat, segi tiga, dan bintang serta huruf-huruf dalam abjad. Melalui aktiviti interaktif, kanak-kanak akan dapat meningkatkan kemahiran literasi awal, mengembangkan kreativiti, dan mengasah daya ingatan sambil belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
Aktiviti:
Aktiviti dijalankan sepenuhnya melalui aplikasi ABCYA di mana kanak-kanak dibimbing oleh penjaga untuk mengenal huruf dan bentuk asas. Mereka mencuba pelbagai permainan interaktif dalam aplikasi tersebut yang membantu meningkatkan kemahiran literasi awal serta memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.