mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

AKTIVITI HAMMOCK DI LUBUK YU, MARAN

Hutan Lipur Lubuk Yu cukup terkenal dengan keaslian kawasannya yang mempunyai air terjun semulajadi dan kehijauan tumbuhan disekelilingnya. Selain dijadikan tempat beriadah dan membuat aktiviti perkelahan, kini Hutan Lipur Lubuk Yu dikenali sebagai destinasi Hammock yang terkenal di daerah Maran ini. Lokasi Lubuk Yu yang tidak jauh daripada bandar Maran dan Bandar Jengka membuatkan ia mudah untuk dikunjungi peminat aktiviti hammock ini. 

Aktiviti hammock ini mendapat perhatian daripada pengunjung bukan sahaja dalam negara malah juga para pengunjung dari luar negara. Persekitaran Lubuk Yu yang tenang memberi keselesaan kepada pengunjung unttuk beristirehat di dalam buaian atau hammock. Pernah menjadi lokasi perhimpuanan penggemar aktiviti hammock, Taman Rimba Lubuk Yu kini mampu menjadi tarikan pelancong di Negeri Pahang amnya dan di daerah Maran khususnya.

 

Hammock Camping Gathering di Hutan Simpan Lubuk Yu

                                                                                                       

                                                                                      Sumber : www.bharian.com.my