Anggerik View Point Jengka 1 merupakan kawasan rekreasi tarikan pelancongan yang dibina di Felda Anggerik Jengka 1. Disini pelancong dan penduduk setempat boleh mengadakan pelbagai aktiviti seperti bergambar, BBQ dan juga bersenam. Dengan berlatar kan pemandangan kampung, Anggerik View Point sentiasa menjadi kawasan berkumpul sanak saudara semasa pulang ke kampung halaman sepanjang cuti perayaan.