mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA @ NADI

AKTIVITI BULANAN : MAC 2026
Aktiviti BAZAR RAYA @ NADI
Tarikh14 Mac 2026
Masa8.00 – 4.00 PM
TempatNADI Felda Jengka 1
Peserta 52 Orang


Objektif:

Aktiviti Bazar Raya @ NADI bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat, khususnya peserta, merasai suasana persiapan Hari Raya melalui pelbagai aktiviti menarik dan interaktif.

Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan semangat keusahawanan melalui penglibatan dalam jualan usahawan dan keyakinan diri kanak-kanak melalui aktiviti seperti pertandingan mewarna dan kuiz.

Selain itu, penganjuran webinar seperti Kidventure dan Empowher membantu meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam bidang pendidikan dan pembangunan diri.

Aktiviti:

Sepanjang program Bazar Raya @ NADI, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah pertandingan mewarna yang khusus untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bagi memberi peluang kepada mereka menonjolkan kreativiti dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.Selain itu, terdapat juga jualan oleh usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk seperti makanan, aksesori, pakaian serta barangan persiapan Hari Raya. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas perniagaan dan keusahawanan secara praktikal.Kuiz Raya turut diadakan bagi menguji pengetahuan peserta berkaitan sambutan Hari Raya dalam suasana santai dan interaktif.Di samping itu, peserta juga menyertai sesi webinar seperti Kidventure dan Empowher yang memberi input bermanfaat berkaitan pembelajaran dan pembangunan diri.

**Gambar Disini**