mcmc
Persatuan Belia

BELIA ANJUR CONGKAK CHALLENGE 2017

Persatuan Belia MBFM Felda Jengka 1 telah menganjurkan satu pertandingan permainan tradisional iaitu Congkak Challenge yang telah diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh        : 6 November 2017 

Masa          : 9.00 am – 5.00 pm 

Tempat       : Pusat Internet  Felda Jengka 1

Aktiviti anjuran bersama Pusat Internet  Felda Jengka 1 ini diadakan bagi memberi peluang kepada generasi baru untuk merasai bermain permainan congkak ini. Program ini dihadiri hampir 60 orang peserta dari kalangan kanak-kanak dan belia membuktikan permainan tradisional ini masih mempunyai peminatnya yang tersendiri. Memartabat Permainan Tradisional perlu dilakukan pada masa kini supaya permainan tradisi kita tidak lenyap daripada kehidupan kita.

**Gambar Disini**