mcmc
Maklumat Setempat

Berita Setempat

 

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA JENGKA 1

Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 1 atau PI1M merupakan antara kemudahan asas baru yang diberikan kepada komuniti di felda ini. PI1M merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar. 

Pusat Internet 1Malaysia ini mula beroperasi sejak 1 April 2015 dan mempunyai dua orang petugas. Antara salah satu tujuan pusat internet ini dibina adalah bagi  memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan juga memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet. Dengan adanya kemudahan seperti ini, komuniti di kawasan luar bandar mendapat peluang menambahkan pengetahuan mereka tentang pengunaan komputer dan internet melalui aktiviti dan kelas-kelas yang diberikan kepada mereka.

 

Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 1