| AKTIVITI BULANAN : JULAI 2025 | |
| Aktiviti | E-PEMBELAJARAN : NASA KID’S CLUB |
| Tarikh | 26 Julai 2025 |
| Masa | 10.00 – 11.00 am |
| Tempat | NADI Felda Jengka 1 |
| Peserta | 9 Orang |
Objektif :
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai permainan pendidikan berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui platform NASA Kid’s Club. Melalui permainan interaktif ini, kanak-kanak dapat meningkatkan minat terhadap eksplorasi angkasa, melatih kemahiran berfikir secara kritis, serta mengembangkan daya imaginasi dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Aktiviti:
Kanak-kanak menjalankan aktiviti secara atas talian menggunakan platform NASA Kid’s Club dengan bimbingan staff. Mereka mencuba pelbagai permainan interaktif seperti meneroka angkasa, menyusun roket, serta aktiviti berkaitan konsep asas sains dan matematik. Aktiviti ini membantu membina pengetahuan asas STEM sambil memberi pengalaman pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.