Tarikh : 5 Disember 2017
Masa : 2.00 pm – 5.00 pm
Tempat : Pusat Internet Felda Jengka 1
Taklimat dan pengenalan kepada program e-Rezeki ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan ruang untuk para usahawan kecil ataupun surirumah untuk menjana pendapatan melalui atas talian. Para peserta diajar untuk membuka akaun portal e-Rezeki masing-masing dan mengenali dengan lebih lanjut tentang eRezeki ini. Program ini telah dihadiri 10 orang peserta termasuklah usahawan kecil, surirumah dan pekerja swasta. Tenaga pengajar yang hadir adalah daripada pusat eRezeki yang terdekat iaitu Pusat Internet Rantau Perintis, Bandar Jengka, Pahang.