mcmc
Maklumat Setempat

Gulai Masam Ayam

 

 

 

 

 

Pernah tak anda terbayang bagaimana rasanya ayam dimasak tempoyak? Biasanya kalau di Pahang gulai tempoyak ikan patin sememangnya sangat terkenal, namun jarang kita dengari tentang gulai masam ayam. Antara bahan yang digunakan adalah kunyit hidup, cili api, daun kesom, asam keping, air dan garam secukup rasa. Cendawan tiram juga boleh dimasukkan bersama sebagai penambah perisa. Cara menyediakannya juga cukup mudah dengan memasukkan kesemua bahan, direneh bersama sehingga masak.