Gulai ikan patin masak tempoyak merupakan makanan yang terkenal di negeri Pahang. Bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini ialah ikan patin, tempoyak, kunyit hidup, cili padi, daun kesum dan bunga kantan. Terkenal dengan nama Bandar Ikan Patin, Temerloh menjadi perhatian ramai pengunjung yang datang untuk mencari menu ikan patin masak tempoyak ini. Sekiranya berkunjung ke daerah Temerloh Pahang, terdapat beberapa tempat makan yang terkenal dengan masakan gulai tempoyak ikan patin iaitu Gerai Ikan Patin Pak Usop, Gobang Maju Ikan Patin dan Restoran Claypot Patin Tempoyak. Bukan hanya di Temerloh, kedai-kedai makan lain juga di negeri Pahang turut menyediakan hidangan gulai tempoyak ikan ini.