mcmc
Galeri Foto

HARI BERSAMA KOMUNITI 2018

Tarikh         : 30 April 2018

Masa          : 8.00 am – 1.00 pm 

Tempat       : Dewan JKKK Felda Jengka 2.

Hari Bersama Komuniti 2018 ini diadakan bagi meendekatkan komuniti dengan pihak Pusat Internet terutama di daerah Maran ini. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah pertandingan mewarna, sukaneka, pameran agensi, pameran  usahawan, kuiz spontan, slot bersama usahawan contoh, cabutan bertuah dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Felda Jengka 2. Pengunjung yang hadir terdiri daripada komuniti setempat, usahawan, pelajar-pelajar Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Felda Jengka 6 dan pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Program yang dijalankan mendapat sokongan ramai hingga melebihi 250 orang pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Turut hadir pada program tersebut iaitu YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, SSAP., DIMP., AMP., BCM. , ADUN Kuala Sentul.