Hotel D’kolam & Pancing Resort Jengka ini bersuasana santai dan klasik. Bangunan dibina dengan rekabentuk Rome klasik. Lokasinya pula hanya 2km dari Bandar Jengka,Pahang di tepi jalan laluan utama Bandar Jengka-Temerloh Pahang.
Hotel ini telah dibuka sejak Mei 2010 . Hotel ini sentiasa ditambahbaik untuk keselesan tetamu yang berkunjung. Dengan harga yang berpatutan dan mampu milik kami selalu tidak menang tangan menerima kedatangan tetamu samada hari-hari biasa,hujung minggu ,cuti umum serta cuti sekolah.
Hotel D’kolam & Pancing Resort Jengka mempunyai 31 buah bilik yang amat selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Kini pihak pengusaha bercadang untuk menambah bilangan bilik di resort miliknya. Selain itu, tarikan utama yang terdapat di resort ini ialah kolam mancing yang luas. Dengan kadar bayaran yang berpatutan menjadikan resort ini amat popular bagi kaki-kaki pancing sekitar Jengka. Maklumat lanjut sila hubungi : 019-903 7786 .