Jengka Wonderland mula beroperasi pada 1 Disember 2018. Taman tema air terbaru ini terletak di Bandar Jengka, Pahang. Jengka Wonderland menyediakan ruang reakreasi air yang luas serta sesuai untuk semua peringkat umur kerana kolam yang disediakan adalah untuk dewasa dan kanak-kanak. Antara kemudahan yang disediakan di Jengka Wonderland ialah surau, tandas, bili persalinan, meja wakaf, cafe dan gazebo untuk disewa. Pengunjung juga boleh membawa makanan sendiri dari rumah.
Bagi yang belum pernah datang ke Jengka Wonderland, bolehlah mengambil peluang bersama keluarga untuk datang merasai sendiri keseronokan bermain di taman tema air ini. Persekitaran yang bersih juga memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Harga tiket dan juga kadar sewa kemudahan adalah sangat berpatutan dan bersesuaian dengan persekitaran di sana.
HARGA TIKET :
~ Dewasa : RM15
~ Kanak-kanak : RM12
~ Warga Emas/OKU : RM8
WAKTU OPERASI :
~ Isnin – Khamis : 10.30 am – 7.30 pm
~ Sabtu – Ahad : 9.00 am – 7.30 pm
~ Khamis : Tutup
HUBUNGI :
~ 019 669 2377
Sumber : Facebook Jengka Wonderland
