Pada 26 hingga 28 April 2019 telah berlangsung Karnival Jom Balik Jengka 2019 di Felda Jengka 1. Program ini dianjurkan oleh komuniti Felda Jengka 1 untuk komuniti kawasan Jengka dan sekitar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah gerai jualan, permainan tradisional, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan nnyanyian dewasa dan kanak-kanak, gerai jualan, gerai pameran, pertandingan motor berhias dan pertandingan nasyid. Program selama 3 hari ini sangat mendapat sambutan daripada pengunjung. Aktiviti sebegini seharusnya diadakan dalam komuniti setempat kita agar dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama komuniti di sesuatu tempat.
Tarikh : 26, 27 dan 28 April 2019
Masa : 8.00 am – 11.00 pm
Tempat : Padang Awam Felda Jengka 1