Tarikh : 14 Disember 2017
Masa : 2.30 pm – 5.30 pm
Tempat : Pusat Internet Felda Jengka 1
Myshop merupakan salah satu platform untuk mempromosikan produk-produk dan barang jualan secara atas talian. Program Myshop ini melibatkan usahawan-usahawan di Felda Jengka 1. Peserta perlu membuat photoshoot produk masing-masing sebelum membuat praktikal Myshop di portal Dashboard Komuniti. Antara produk yang dijual termasuklah produk kesihatan, makanan basah dan makanan kering.