PONDOK BAS
Pondok bas disediakan bagi memberikan keselesaan bagi penduduk di sini ketika menunggu bas.
PAPAN INFO KOMUNITI
Papan info komuniti adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat, aktiviti dan berita kepada penduduk Felda Jengka 1 mengenai pembangunan masyarakat, lading, kerohanian dan latihan/kursus.
PADANG FUTSAL
Padang futsal ini sering digunakan oleh golongan belia untuk beriadah pada waktu petang.
GELANGGANG TAKRAW
Gelanggang takraw ini sering digunakan oleh golongan belia untuk beriadah pada waktu petang dan mangadakan pertandingan takraw bersama komuniti.
GELANGGANG SILAT
Gelanggang Bintang Pelangi Cula Sakti ini digunakan sebagai pusat latihan silat gayong daerah Maran dan wilayah Jengka.
TAMAN PERMAINAN
Taman permainan ini disediakan untuk golongan kanak-kanak dan keluarga melakukan aktiviti riadah terutamanya pada waktu petang.
SURAU
Salah satu surau yang terdapat di Felda Jengka 1.
MASJID JAMEK FELDA JENGKA 1
Masjid Jamek Felda Jengka 1 ini terletak di peringkat 1 dan berdekatan dengan Sekolah Agama Rakyat Kafa Al-Quran. Masjid Jamek ini dibina pada tahun 1972.
DEWAN ORANG RAMAI
Dewan orang ramai Felda Jengka 1 terletak bersebelahan dengan bangunan JKKK Felda Jengka 1. Dewan serbaguna ini digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti dan juga digunakan oleh komuniti untuk bermain badminton.
PERUMAHAN PETUGAS
Perumahan petugas ini disediakan bagi kakitangan yang bekerja di pejabat Felda Jengka 1.
BANGUNAN JKKK
Bangunan JKKK ini digunakan untuk ahli JKKK berkumpul, bermesyuarat dan menjalankan aktiviti JKKK. Bangunan ini juga digunakan untuk Kelas Literasi Kanak-Kanak.
PEJABAT FELDA JENGKA 1