|
KISAH KEJAYAAN 2016 (SUKU PERTAMA) |
|
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
|
Nama |
Nur Shahida binti Paimon |
|
Umur |
32 Tahun |
|
Alamat |
Beezee Jati Homedeco, No. 5 Simpang Felda Jengka 1, 26400 Bandar Jengka, Pahang |
|
Perniagaan |
Perabot Jati dan barang perhiasan rumah |
|
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :
Sebelum ini, saya hanya menjalankan perniagaan secara offline di sekitar jengka 1.Saya mempunyai sebuah kedai kecil untuk meletakkan stok untuk dipamerkan kepada pelanggan. Setiap hari saya hanya menanti pelanggan untuk datang ke kedai dan jualan amat tidak memberangsangkan. Saya mengambil keputusan untuk melakukan penjualan secara atas talian supaya saya dapat mencari pelanggan dari seluruh Malaysia.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :
Langkah pertama saya telah pergi ke pi1m untuk membuat page facebook dengan nama Beezee Vantage kerana saya menjual perabot vantage dan juga perabot jati secara atas talian.Saya menggunakan google untuk mencari design-design terkini perabot dan terus memuatnaik ke dalam page saya. Saya juga mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada staff pi1m tentang pemasaran dan cara menguruskan perniagaan online saya. Banyak perubahan positif yang berlaku. Yang paling ketara ialah hasil jualan yang amat memberangsangkan serta page saya semakin dikenali ramai.