mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – PN. SITI NURHAFIZAH BT ABDULLAH

KISAH KEJAYAAN  

KATEGORI : KEUSAHAWANAN 

Nama

Siti  Nurhafizah binti Abdullah  

Umur

29 Tahun

Alamat

B 510 Felda Jengka 1, 26400 Bandar Jengka , Pahang

Perniagaan

Dropship online pakaian, beg tangan, aksesori wanita dan produk kesihatan

Online Platform

 Facebook dan Whatsapp

 

Sebelum Penggunaan ICT/  Penglibatan PI1M :

Puan Nurhafizah merupakan seorang suri rumah. Pendapatan bulanan hanya sekitar RM300-500 sahaja dan produk yang dijual tidak pelbagai. Pelanggan hanya terdiri daripada kawan rapat dan saudara mara sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI1M :

Puan Nurhafizah mengambil inisiatif sendiri untuk menghadiri kelas- kelas di PI1M. Sebelum ini Puan Nurhafizah hanya mempunyai akaun facebook sahaja dan ingin belajar untuk membuat page Facebook supaya perniagaannya tidak bercampur dengan akaun Facebook peribadi yang dimilikinya. Setelah belajar dan mempraktikkan ilmu yang diajar oleh petugas Pusat Internet , sekarang Puan Nurhafizah boleh menjaga dan mengawal sendiri page yang diwujudkan itu. Setelah menggunakan Facebook Page ini, barang jualannya telah dikenali dan mendapat pelanggan di seluruh Malaysia. 

 


Puan Nurhafizah ketika membuat Facebook Page di Pusat Internet 1Malaysia.