KISAH KEJAYAAN 2023 |
|
KATEGORI : KEUSAHAWANAN |
|
Nama |
Puan Umi Kalsom bt Abdullah |
Umur |
30 Tahun |
Produk/Perkhidmatan |
Makanan diet pantang, set cadar, dan barang keperluan harian lain |
Online Platform |
Facebook dan Whatsapp |
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi:
Pada peringkat awal Umi Kalsom hanya membantu rakannya berniaga di gerai. Bermula sebagai pembantu, Umi Kalsom membuka langkah sebagai dropship kepada beberapa produk tersebut dan mula menjual di gerai milik rakannya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi :
Melalui penglibatan di Pusat Internet, Umi Kalsom telah menghadiri Kelas Keusahawanan di PEDi Felda Jengka 1 termasuklah kelas asas Shopee dan kemahiran keusahawanan pada tahun 2021. Umi Kalsom mula membuat promosi secara online di Facebook, Whatsapp dan juga memulakan jualan di Shopee tetapi lebih fokus kepala perniagaan di dalam kawasan setempat.
Perniagaan Umi Kalsom ini dilihat sebagai suatu kejayaan baginya kerana mampu menjana pendapatan lebih 30% berbanding pendapatan sebelum ini. Kejayaan Umi Kalsom sebagai “dropshipper” sangat membantu beliau meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan menjana pendapatan sendiri.