sumber gambar : zerahneko.blogspot.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) terletak di atas tapak berkeluasan 40.06 ekar (16.21 hektar) terletak di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Kolej ini hanya berada 8 km dari bandar Jengka.
Kolej ini menawarkan pengajian satu tahun (PST) dalam Jurusan Teknikal. Kelayakan masuk untuk mengikuti jurusan yang ditawarkan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi KPM berdasarkan kepada keputusan SPM dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pembelajaran pengajian dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Kaedah tersebut diaplikasikan untuk menyediakan dan melengkapkan diri pelajar kepada konsep belajar di menara gading. Proses pengajaran memfokus dan menjana pelajar ke arah mencapai keunggulan dalam setiap kecemerlangan seiring dengan motto, visi dan misi kolej.
KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL PAHANG (KMTPh) |
|
Alamat |
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia |
Telefon |
09-4677103 |
Faks |
09-4677102 |
Emel |
admin@kmtph.matrik.edu.my |
Laman Web |
http://www.kmtph.matrik.edu.my |
sumber : http://www.kmtph.matrik.edu.my/