Jom mandi-manda sepuas hati di Kubang Gajah Waterpark selepas seharian makan angin di sekitar Pahang. Dengan bayaran masuk yang tidak lebih daripada RM10 seorang, anda sekeluarga boleh ber’kubang’ di dalam kolam renang dan berseronok dengan gelongsor airnya sampailah hilang tenaga. Kelaparan selepas bermandi-manda? Anda dibenarkan untuk membawa masuk makanan sendiri. Kalau terlupa atau tak sempat untuk menyediakan makanan sendiri, jangan risau, kerana waterpark ini terletak berdekatan dengan banyak kedai makan menarik.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Isnin & Rabu (9.00 am – 7.00 pm) | Isnin, Rabu Kecuali Cuti Sekolah (Tutup)
Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang
Harga Tiket:
- Hari Biasa: Dewasa RM7 | Kanak-Kanak RM5 | Kanak-Kanak (<2 Tahun) Percuma | OKU & Warga Emas RM3
- Hari Cuti: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM8 | Kanak-Kanak (<2 Tahun) Percuma | OKU & Warga Emas RM5