| AKTIVITI BULANAN : JUN 2025 | |
| Aktiviti | LATIHAN KEUSAHAWANAN: CANVA (POSTER PRODUK) |
| Tarikh | 22 Jun 2025 |
| Masa | 3.00 – 5.00 am |
| Tempat | NADI Felda Jengka 1 |
| Peserta | 8 Orang |
Objektif :
Objektif kelas adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas reka bentuk poster produk menggunakan aplikasi Canva. Melalui aktiviti ini, peserta akan mempelajari teknik asas menghasilkan poster yang menarik dan berkesan untuk tujuan promosi perniagaan, termasuk penggunaan elemen grafik, susun atur, pemilihan warna, tipografi, dan pemarkahan produk secara visual. Penekanan juga diberikan terhadap kreativiti, kemahiran digital, dan persembahan maklumat yang jelas.
Aktiviti:
Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan kepada Canva dan cara menggunakannya, diikuti dengan latihan membuat poster produk secara langkah demi langkah. Peserta akan mereka bentuk poster masing-masing dan kemudian berkongsi hasil kerja dalam bentuk digital.