| AKTIVITI BULANAN : JUN 2025 | |
| Aktiviti | LATIHAN KEUSAHAWANAN: USAHAWAN CILIK DONUT DECORATION |
| Tarikh | 21 Jun 2025 |
| Masa | 10.00 – 11.30 am |
| Tempat | NADI Felda Jengka 1 |
| Peserta | 21 Orang |
Objektif :
Objektif kelas adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai seni menghias donut secara kreatif dan tersusun. Melalui aktiviti ini, peserta akan mempelajari teknik asas dalam menghias donut termasuk penggunaan topping seperti coklat, taburan manik, dan krim, serta pentingnya aspek kebersihan, kreativiti dan persembahan dalam produk makanan.
Aktiviti:
Aktiviti merangkumi sesi pengenalan bahan dan peralatan menghias, demonstrasi teknik hiasan donut, sesi praktikal menghias donut oleh peserta, serta sesi perkongsian hasil kerja dan pembungkusan secara menarik.