Pada 25 dan 26 Disember 2015 yang lepas telah diadakan Majlis Reunion SKJ01 dan juga Temasya Sukan Rakyat di Felda Jengka 1. Program yang diadakan selama dua hari di padang sekolah SKJ01 ini dianjurkan oleh Alumni Reunion 1975 SKJ01. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah perarakan Maulidur Rasul, ceramah perdana, malam kebudayaan Islam, pertandingan mewarna,sukan rakyat, pertandingan karaoke, cabutan bertuah, pameran dan gerai jualan makanan.
Dengan semangat dan kerjasama 130 orang alumni 1975 yang merupakan belia dan generasi kedua di felda ini membuatkan program ini berjalan dengan jayanya. Semangat dan usaha sebegini perlulah dijadikan contoh kepada para belia yang lain untuk kembali menyumbang kepada masyarakat di felda ini.
Program : Majlis Reunion 1975 dan Temasya Sukan Rakyat
Tempat : Felda Jengka 1, Maran, Pahang
Tarikh : 25 dan 26 Disember 2015 (Jumaat dan Sabtu)
Anjuran : Alumni Reunion 1975 SKJ01