mcmc
Makanan

SAMBAL HITAM PAHANG

Sambal Pahang juga dikenali sebagai sambal belimbing hitam merupakan makanan tradisional negeri Pahang. Sambal Pahang ini sangat terkenal di negeri pahang terutamanya di Pahang barat iaitu di Jerantut, Kuala Lipas dan Raub. Ramuan asas yang digunakan untuk membuat Sambal Pahang ini adalah ikan bilis, cili padi, bawang merah, belimbing hitam dan minyak masak.

Sambal Pahang ini turut dikomersialkan dan menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk di negeri Pahang. Rasa Sambal Pahang yang amat sedap dan menyelerakan mendapat banyak perhatian dan permintaan daripada pengguna.