mcmc
Galeri Video

MENARIK DI MARAN – Restoran Ambang Qaseh, Jengka

Restoran Ambang Qaseh terletak di ruang anjung selera Bandar Jengka, Pahang. Lokasi restoran yang strategik menjadikan restoran ini sering mendapat kunjungan pelanggan yang ramai pada waktu makan tengahari. Kepelbagaian menu di restoran ini menarik minat lebih ramai pelanggan sekitar Bandar Jengka untuk menikmati makan tengahari di restoran ini. Keistimewaan yang terdapat di Restoran Ambang Qaseh ini ialah bubur dan air diberi secara percuma untuk pelanggan yang makan di situ. Lebih menjadi tumpuan, restoran ini terkenal dengan masakan melayu yang cukup sedap dan menyelerakan.