Terletak berhampiran dengan Sungai Pahang di Jalan Lurah Semantan, Pasar Sehari Temerloh padat dengan jualan bermacam jenis barangan termasuklah pakaian, cenderamata, makanan, bahan basah dan banyak lagi. Jangan lupa untuk membeli makanan signature Temerloh iaitu ikan patin tempoyaki. Anda juga kena singgah ke gerai yang paling legend di pasar ini iaitu gerai kopi segar milik seorang warga emas Cina yang telah menjalankan perniagaan sejak lebih 40 tahun lalu. Di sini, anda boleh melihat kopi yang dibeli dikisar di depan mata, aromanya sangat menggoda orang yang lalu-lalang.
Alamat: Pekan Hari Temerloh, Jalan Lurah Semantan, Temerloh
Waktu Operasi: Ahad (7.00 am – 1.00 pm)