Hutan Lipur Lubuk Yu terletak 32km daripada bandar Maran dan merupakan salah satu pusat perkelahan yang popular dalam kalangan penduduk di daerah Maran. Kawasan perkelahan ini biasanya dilawati oleh pengunjung pada hari minggu dan cuti sekolah. Persekitaran yang tenang dan bersih menarik lebih ramai pengunjung untuk datang berkelah di sini.
Lubuk Yu diberi nama berpunca daripada kesan air terjun dari Gunung Berantai berbentu U. Antara kemudahan yang disediakan di Hutan Lipur Lubuk Yu ini ialah kawasan letak kenderaan, gerai-gerai jualan makanan,tandas awam dan tapak perkhemahan. Tarikan terbaru di kawasan perkelahan ini ialah buaian atau “Hammock”. Pengalaman beristirehat di dalam “Hammock” bakal memberikan satu pengalamn baru bagi pencinta alam semulajadi.
Papan tanda Hutan Lipur Lubuk Yu
sumber :mdmaran.gov.my