mcmc
Maklumat Am

Penutupan Sementara NADI Sempena Cuti Nuzul Al-Quran

Dimaklumkan bahawa NADI Felda Jengka 1 akan ditutup sementara pada 7 Mac 2026 (Sabtu) sempena sambutan Nuzul Al-Quran. Penutupan ini adalah bagi menghormati hari kebesaran Islam yang memperingati peristiwa penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, semua urusan dan perkhidmatan di NADI tidak dapat dijalankan pada tarikh tersebut. Operasi akan kembali seperti biasa pada hari berikutnya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
📞 014-830 7867
📞 011-3789 2580

Semoga kita semua dapat mengambil peluang ini untuk menghayati, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.